Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SATA batal perjalanan selepas langgar burung

    LISBON, 13 OGOS – Syarikat penerbangan Portugal, Azores Airlines (SATA) telah membatalkan perjalanannya ke Lisbon selepas sebuah pesawat melanggar sekumpulan burung di Pulau Azores di Atlantik Utara, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita rasmi Lusa, kelmarin.

    Insiden yang berlaku pada Ahad itu memaksa pesawat terbabit membatalkan penerbangan pulang ke Lisbon pada hari sama serta penerbangan yang dijadualkan semalam, kata jurucakap SATA Antonio Portugal.

    “Pesawat itu telah terlanggar sekumpulan burung dalam penerbangan dari Lisbon ke Terceira semasa melakukan pendaratan,” katanya sambil menambah bahawa “pesawat terbabit telah diperiksa oleh perkhidmatan penyelenggaraan semalam untuk menilai kerosakan.”

    Jurucakap itu berkata semua penumpang yang terjejas telah dipindahkan ke pesawat lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda