Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Satelit ERS-2 bakal jatuh ke bumi selepas hampir 30 tahun di angkasa

    LONDON, 21 FEB – Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) hari ini menjangkakan satelit European Remote Sensing ERS-2 akan terhempas ke Bumi, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya.

    Kedua-dua satelit ERS berkenaan merupakan satelit pemerhati Bumi paling canggih yang pernah dibangunkan pada ketika itu.

    Pada 2011, ESA menghentikan operasi ERS-2 dan memulakan proses penyahorbitan.

    Selepas 13 tahun, satelit secara semula jadi akan memasuki semula atmosfera Bumi dan pecah menjadi kepingan.

    Kebanyakan komponen ERS-2 akan terbakar ketika proses ini, namun ESA masih memantau pendaratannya yang diramal berlaku di pantai timur Afrika tengah.

    Mana-mana bahagian yang masih tersisa akan bertaburan atas tanah manakala risiko berkaitan dianggap sangat rendah.

    Menurut data yang diperoleh pada 20 Februari, Pejabat Serpihan Angkasa ESA meramalkan kemasukan semula satelit ERS-2 akan terjadi sekitar 1532 GMT (waktu tempatan). Pejabat Serpihan Angkasa ESA memberi amaran ramalan mereka mungkin tersasar kira-kira empat jam setengah sebelum atau selepas waktu itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...