Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satelit komunikasi India tingkat keupayaan pengawasan laut

    NEW DELHI, 3 NOV – Pelancaran satelit komunikasi terberat India akan tingkatkan keupayaan pengawasan Tentera Laut negara itu.

    Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menggunakan roket angkat berat LVM3-M5 untuk melancarkan satelit CMS-03 seberat 4.4 tan (juga dikenali sebagai GSAT-7R) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di negeri Andhra Pradesh kelmarin. Satelit berbilang jalur itu akan menyediakan liputan di tanah besar India serta wilayah lautan luas di sekitar India.

    “Satelit ini akan memperkukuh komunikasi berasaskan angkasa lepas dan keupayaan kesedaran domain maritim Tentera Laut,” menurut Kementerian Pertahanan, sambil menyifatkannya sebagai satelit paling canggih setakat ini untuk kegunaan tentera laut.

    Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa satelit berkenaan akan menyediakan, “liputan telekomunikasi kukuh di seluruh rantau Lautan Hindi” dan, “meningkatkan ketersambungan dengan ketara melalui lebar jalur berkapasiti tinggi, membolehkan pautan komunikasi yang lancar dan selamat antara kapal, pesawat, kapal selam, dan Pusat Operasi Maritim” tentera laut. – Bernama

    Roket LVM3-M5 dari ISRO membawa satelit komunikasi CMS-03 berlepas kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda