PARIS, 8 SEPT – Selepas 24 tahun giat mengkaji medan magnet bumi, kebanyakan satelit akan terbakar di Lautan Pasifik hari ini semasa kemasukan semula ‘yang disasarkan’ ke atmosfera bumi, buat kali pertama bagi Agensi Angkasa Eropah (ESA) di mana ia sedang berusaha untuk mengurangkan serpihan angkasa.
Sejak dilancarkan pada tahun 2000, satelit Salsa telah membantu memberikan penjelasan tentang magnetosfera, perisai magnet yang kuat untuk melindungi bumi daripada angin suria dan tanpanya bumi ini tidak akan dapat didiami.
Menurut ESA, Salsa disasarkan akan jatuh semula ke bumi pada masa dan tempat tertentu tetapi tidak akan dikawal semasa memasuki atmosfera.
Pasukan yang berada di darat telah melakukan beberapa siri usaha gerakan dengan satelit seberat 550 kilogram untuk memastikan ia terbakar di kawasan terpencil dan tidak berpenghuni di Pasifik Selatan, di luar pantai Chile.
Kemasukan semula satelit itu ke bumi berkemungkinan akan berlaku kerana orbit Salsa berbentuk bujur. Semasa pergerakannya mengelilingi bumi, yang mengambil masa dua setengah hari, ia telah tersasar sejauh 130,000 kilometer (km) dan datang dalam jarak hampir beberapa ratus km.
Ketua Unit Operasi Misi Sistem dalaman Suria ESA, Bruno Sousa berkata adalah penting untuk Salsa datang dalam jarak kira-kira 110km semasa dua orbit terakhirnya. – AFP