Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satelit pengintip kedua Korea Selatan berjaya sampai orbit

    SEOUL, 8 APRIL – Korea Selatan berjaya meletakkan satelit pengintip keduanya ke orbit, selepas ia dilancarkan dari pusat angkasa Amerika menggunakan roket SpaceX Falcon 9, menurut Kementerian Pertahanan Seoul hari ini.

    “Satelit pengintip kedua tentera kami berjaya dipisahkan daripada kenderaan pelancar pada kira-kira 9:02 pagi dan memasuki orbit sasaran” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

    “Satelit itu kemudian berjaya berhubung dengan stesen di bumi luar negara pada kira-kira 10:57 pagi,” tambahnya.

    Tentera Seoul berkata ‘keupayaan perisikan bebas, pengawasan dan pengintipan telah diperkukuh selanjutnya’ dengan kejayaan pelancaran itu.

    “Kami akan meneruskan pelancaran satelit masa depan tanpa sebarang halangan,” tambahnya.

    Satelit pertama Korea Selatan yang dilancar pada Disember lalu dengan roket yang sama, telah menghantar imej resolusi tinggi pusat Pyongyang ke Seoul dan dijangka memulakan peringkat misi sepenuhnya seawal Jun, agensi berita Yonhap.

    Seoul merancang melancarkan lima satelit pengintip tentera menjelang 2025 untuk memantau kemudahan utama di Korea Utara menggunakan imejan yang dihantar setiap dua jam, menurut laporan oleh penyiar KTV yang dikendalikan kerajaan Seoul. – AFP

    Pelancaran satelit pengintip Korea Selatan di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pada 7 April. Satelit itu telah sampai di orbit dan berjaya menghubungi stesen di bumi luar negara, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda