CALIFORNIA, 25 Ogos – Satelit pemerhati bumi bagi Pertubuhan Angkasa Lepas Kebangsaan Taiwan telah dilancarkan ke orbit dari California semalam.
Satelit Formosat-5 berlepas dari Pangkalan Pasukan Tentera Udara Vadenberg pada pukul 11:51 pagi di atas roket Space X Falcon 9 yang berjaya mendaratkan peringkat pertamanya di atas kapal dron yang terapung-apung di Lautan Pasifik ketika peringkat kedua diteruskan dan mengatur kedudukan satelit.
Beberapa detik sebelum peringkat pertama mendarat hubungan video ke kapal itu terhenti, kemudian muncul semula dan menunjukkan roket berdiri tegak. Tepuk sorak meletus di bilik kawalan SpaceX di pinggir bandar Los Angeles, Hawthorne.
“Ini adalah pendarat ke 15 yang berjaya Falcon 9,” kata Lauren Lyons, pengulas pelancar webcast SpaceX.
Formosat – 5 adalah satelit pertama yang sepenuhnya direka oleh agensi angkasa lepas Taiwan dan dihasratkan untuk memajukan teknologi angkasa lepas negara itu dan penyelidikan saintifik sementara menyediakan imejan sejagat dengan penggunaan meluas, dari kajian sumber asli hinggalah pengurusan bencana.
Dirancang untuk beroperasi selama lima tahun di orbit bumi rendah, kira-kira 720 kilometer tinggi, instrumen utamanya adalah sensor yang boleh menghasilkan imej warna dan hitam putih beresolusi tinggi. – AP