Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sathiya belum mampu suap makanan akibat serangan strok

    Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 60, yang diserang angin ahmar ringan bersyukur apabila mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

    Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy turut memuji keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah mengabaikan anak seni lanjut usia sepertinya, malah sentiasa cakna dengan kesusahan dialami rakyat.

    “Kita siapa, kita rakyat biasa. Bukan senang menteri datang jumpa kita, bukan kita pergi jumpa dia. Malu juga dia datang cari kita. Tapi, apapun kita manusia.

    “Dulu saya ada tolong orang. Sekarang orang tolong saya. Sebelum ini, saya pernah dikunjungi oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

    “Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri. Bantuan ini saya gunakan untuk tujuan kos perubatan. Saya perlukan lebih RM1,000 juga,” katanya semasa menerima kunjungan Nie Ching sempena program Ziarah Seni Madani di kediamannya di Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Setapak Jaya, di sini, semalam.

    Mengulas keadaan terkini, Sathiya berkata, tangan kanannya masih lemah susulan strok ringan yang dialami pada 16 Julai lalu dan kini bergantung kepada bantuan isteri dan anak-anak.

    “Dulu saya suap isteri makan, sekarang isteri kena suapkan saya pula. Ini kerana tangan kanan saya sudah tak mampu hendak angkat sampai ke mulut.

    “Kalau angkat lama-lama nanti tangan akan menggeletar dan makanan tumpah,” katanya.- Agensi

    Sathiya mendedahkan bahawa tangan kanannya sudah tak mampu hendak angkat sampai ke mulut.- mStar

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda