Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sathiya tak pernah sedih, menangis

    Pelawak veteran, Sathiya, 60, mendedahkan rahsia tidak pernah rasa sedih dan sentiasa gembira dalam hidupnya.

    Sathiya berkata, dia juga tidak boleh mengeluarkan air mata berikutan satu petua dilakukan oleh neneknya ketika masih kecil.

    “Ketika berusia enam tahun saya kerap mengalami sawan. Kemudian, nenek dari India datang ke sini. Secara kebetulan, saya sedang kena sawan.

    “Nenek ambil besi, letakkan dalam api hingga panas. Selepas itu, nenek letak ke paha sehinggakan saya terkejut. Sawan itu serta-merta hilang, malah tangisan dan pengsan juga sudah tiada.

    “Sampai sekarang saya tak boleh menangis atau pengsan. Malah, saya juga tak boleh menangis ketika kematian anggota keluarga.

    “Apa nak buat, itu cara nenek dan keluarga ikut sahaja sebab nak saya sembuh. Saya okay sebab tindakan nenek untuk kebaikan saya,” katanya.

    Pelawak yang popular dengan watak Ravi menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini banyak berehat di rumah selepas diserang angin ahmar ringan pada Julai tahun lalu, lapor BH Online.

    Bagaimanapun, Sathiya masih ditawarkan berlakon dan hanya berlakon dalam keadaan duduk.

    Sebelum ini, Sathiya pernah terjatuh dalam tandas mengakibatkan bahagian kanan badannya gagal berfungsi dan kini mendapatkan rawatan akupuntur di sebuah pusat rawatan di Ampang dengan kos RM60 sekali rawatan. – Agensi

    Sathiya tidak boleh mengeluarkan air mata berikutan satu petua dilakukan oleh neneknya ketika masih kecil. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda