PORT VILA, VANUATU, 4 SEPT – Parlimen Vanuatu memilih bekas perdana menteri Sato Kilman sebagai perdana menteri hari ini, menggantikan Ishmael Kalsakau selepas pertarungan undang-undang dan perundangan telah menjatuhkan pemimpin pro-Barat itu.
Kalsakau gagal membatalkan undi tidak percaya hari ini, dengan mahkamah menolak rayuannya terhadap keputusan terdahulu, membuka ruang untuk pelantikan Kilman.
Kilman yang berusia 65 tahun menerima 27 undi di parlimen berbanding 23 untuk Kalsakau, yang dilihat berpihak kepada Barat, di wilayah Pasifik Selatan di mana Amerika Syarikat dan sekutunya bersaing dengan Beijing untuk mendapatkan pengaruh.
“Sebagai perdana menteri baharu, saya boleh yakinkan kepada semua orang bahawa saya akan melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pemimpin politik lain bagi menamatkan ketidakstabilan di Vanuatu,” kata Kilman. – AFP