Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini memaklumkan sebuah lagi agensi pelancongan, An-Nur Al-Khayr Travel & Tours Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi.
Dalam kenyataannya, KHEU melalui Jabatan Urusan Haji menyatakan dengan kebenaran yang diberikan tersebut, maka pada masa ini sebanyak 34 buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan.

Sebanyak 34 buah agensi pelancongan yang diberikan kebenaran mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi iaitu:
1. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2. Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3. Continental Yachting Sdn. Bhd.
4. Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5. Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.
6. At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7. Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn. Bhd. (DEE)
8. Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9. Balurih Travel Sdn. Bhd.
10. As-Safa Travel and Tours Sdn. Bhd.
11. Al-Abraj Travel and Tours Sdn. Bhd.
12. Aleiya Voyages Sdn. Bhd.
13. Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn. Bhd.
14. Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn. Bhd
15. Al-Miqat Travel and Tours Sdn. Bhd
16. Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd.
17. Ghufran Travel and Tours Sdn. Bhd.
18. Hayya Travel and Tours Sdn. Bhd.
19. Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.
20. Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.
21. Ijtihad Travel Sdn. Bhd.
22. Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.
23. Maduli Agency Travel Sdn. Bhd.
24. Mustaqim Travel and Tours Sdn. Bhd.
25. Az-Zain Travel and Tours Sdn. Bhd.
26. Az Back To Nature Travel Sdn. Bhd.
27. El-Abqari Travel and Tours Sdn. Bhd.
28. Humzaik Travel and Tours Sdn. Bhd.
29. Qamaroon Tours Sdn. Bhd.
30. Simply Umrah (B) Travel & Tours Sdn. Bhd.
31. JB Travel Agencies Sdn. Bhd.
32. PGGMB Travel Service Sdn. Bhd.
33. Al-Hambra Travel And Tours Sdn Bhd.
34. An-Nur Al-Khayr Travel & Tours Sdn Bhd.