Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu maut, 11 cedera dalam kebakaran bot

    SEOUL, 19 NOV – Seorang nelayan terkorban manakala 11 yang lain dilaporkan hilang selepas bot mereka terbakar di luar pantai selatan Korea Selatan, kata pihak berkuasa hari ini.

    Pengawal pantai berkata kemalangan itu berlaku di barat pulau Jeju. Pihak berkuasa tempatan berkata seramai 12 anggota kru di dalamnya – enam warga Korea Selatan dan enam warga Vietnam.

    Hanya satu mayat yang ditemui rentung adalah warga Korea Selatan, kata pegawai pengawal pantai kepada AFP.

    Misi pencarian telah dilaksanakan menggunakan helikopter, pesawat peronda, kapal pengawal pantai dan bot-bot nelayan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda