Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu maut, 8 hilang kapal penggempur karam

    LOS ANGELES, 31 JULAI – Sekurang-kurangnya seorang tentera Marin terbunuh dan lapan yang lain masih hilang hari ini selepas satu kemalangan yang membabitkan kenderaan serangan amfibia di luar pantai California, umum tentera Amerika Syarikat (AS).

    Kemalangan berlaku semasa latihan rutin di kawasan Pulau San Clemente dan Marin di kapal melaporkan kapal tenggelam pada kira-kira 5:45 petang semalam, menurut satu kenyataan.

    Lima belas Marin dan seorang kelasi dari Unit Ekspedisi Marin ke-15 berada dalam kenderaan itu, katanya, menambah lapan telah diselamatkan.

    Seorang Marin disahkan mati di hospital, sementara dua yang lain masih berada di hospital, seorang dalam keadaan kritikal dan seorang lagi stabil.

    “Usaha mencari dan menyelamat sedang dilancarkan untuk mencari lapan anggota lain,” kata kenyataan, menyifatkan operasi mencari besar-besaran yang melibatkan kapal pembinasa USS John Finn, tiga kapal Tentera Laut dan sebuah helikopter Pengawal Pantai serta beberapa kapal kecil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda