BORDEAUX, 13 DIS – Sekurang-kurangnya 22,000 rumah tidak mempunyai bekalan elektrik di barat daya Perancis hari ini selepas angin kencang melanda rantau pantai Atlantik semalaman, ada kalanya dengan kelajuan 140 km/j, kata pegawai.
Perkhidmatan menyelamat berkata empat orang mengalami kecederaan apabila pokok tumbang dan menghempap kenderaan mereka ketika ribut, dan lalu lintas amat sesak disebabkan pokok-pokok dan serpihan lain menyekat jalan raya dan landasan kereta api.
Operator elektrik Enedis berkata pada satu ketika kira-kira 400,000 rumah tidak mempunyai bekalan elektrik, selepas 14 kawasan diminta berjaga-jaga mengenai angin kencang dan banjir.
Lapan kawasan, terutamanya di rantau Occitanie yang lebih dekat dengan Mediterranean, serta pulau Corsica masih mengambil langkah berjaga-jaga hari ini, menurut perkhidmatan cuaca Meteo France, menjejas teruk perjalanan laut.
Meteo France juga mengingatkan angin menimbulkan risiko runtuhan salji di Alp dalam tempoh 24 jam akan datang, terutamanya di kawasan luncur salji Isere dan Savoire. – AFP
