Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Satu maut, pesawat SIA alami gelora udara teruk

    SINGAPURA, 21 MEI – Seorang maut dan beberapa orang cedera di dalam pesawat Boeing 777 yang mengalami gelora udara teruk semasa menuju dari London ke Singapura sebelum ia dilencongkan ke Bangkok hari ini, kata Singapore Airlines (SIA).
     
    “Kami boleh mengesahkan bahawa terdapat kecederaan dan satu kematian di dalam pesawat Boeing 777-300ER itu. Terdapat sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal,” jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di Facebook.
     
    Ia tidak menyatakan berapa ramai orang yang cedera, tahap kecederaan mereka atau sama ada orang yang maut itu adalah penumpang atau anak kapal.
     
    SIA berkata penerbangan SQ321 berlepas dari lapangan terbang Heathrow London dan ‘menghadapi gelora udara teruk dalam perjalanan’.
     
    Pesawat itu melencong ke Bangkok dan mendarat pada 3:45 petang waktu tempatan.
     
    “Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan menghantar satu pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan,” tambah syarikat penerbangan itu. – AFP
     
    Singapore Airlines menyatakan seorang maut dan yang lain cedera ketika penerbangan dilanda gelora udara teruk, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...