HANOI, 30 Sept – Vietnam telah merampas kira-kira satu tan sisik tenggiling dan gading yang disembunyikan dalam berpuluh kotak dalam satu penerbangan dari Nigeria, lapor media negeri, satu rampasan yang memaparkan jalan perniagaan haram hidupan liar yang menghubungkan Afrika dan Asia Tenggara.
Perniagaan gading dan tenggiling telahpun diharamkan di Vietnam. Namun penguatkuasaan undang-undang yang lemah di negara komunis itu telah membenarkan pasaran gelap berkembang dan membekalkan industri berbilion dolar itu bagi bahagian badan haiwan dan haiwan peliharaan eksotik.
Negara Asia Tenggara telah menjadi laluan sibuk untuk gading yang diseludup dari Afrika dan dihantar ke kawasan lain di Asia, terutamanya China. Tenggiling amat bernilai di Vietnam dan rantau ini, untuk dagingnya dan khasiat perubatan yang terdapat dalam sisik.
Pihak berkuasa di lapangan terbang Hanoi menemui 805 kilogram sisik tenggiling serta 193 kilogram gading dan produk gading dalam 24 kotak pada Jumaat, menurut satu laporan dalam akhbar rasmi jabatan kastam.
Barangan tersebut dihantar dari dua syarikat yang berpangkalan di Nigeria, menurut label. Mereka tiba dalam penerbangan pada 21 September tetapi tidak diambil.
“Penerima bungkusan kargo enggan menerima produk berkenaan,” kata artikel. – AFP
