Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satukan semula keluarga terpisah

    LOS ANGELES, 27 Jun – Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) memerintahkan keluarga-keluarga penghijrah yang berpisah di sempadan dengan Mexico di bawah dasar ‘tanpa toleransi’ Presiden Donald Trump disatukan semula dalam tempoh 30 hari.

    Bagi kanak-kanak berumur di bawah lima tahun, penyatuan semula mesti dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dari perintah itu, yang dikeluarkan oleh Hakim Daerah AS, Dana Sabraw semalam di San Diego.

    Sabraw mengeluarkan perintah itu sebagai tindak balas kepada tindakan mahkamah yang difailkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika bagi pihak seorang budak perempuan berusia tujuh tahun yang dipisahkan daripada ibunya yang berbangsa Congo dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipisahkan daripada ibunya warga Brazil.

    Kanak-kanak yang ikut serta dalam tunjuk perasaan ke atas dasar penghijrah AS di luar duta mereka di Bandar Mexico pada 26 Jun 2018. Seorang hakim AS memerintahkan keluarga-keluarga penghijrah yang terpisah disatukan semula dalam tempoh 30 hari. – AFP

    Hakim itu juga mengeluarkan injunksi ke atas mana-mana lagi pemisahan keluarga lain.

    Pihak berkuasa persekutuan AS mempunyai tempoh 10 hari untuk membenarkan para ibu bapa untuk menghubungi anak-anak mereka jika mereka belum berhubung dengan mereka lagi.

    Trump menandatangani perintah eksekutif minggu lalu yang menghentikan amalan memisahkan anak daripada ibu bapa mereka yang menyeberang sempadan tanpa dokumen, malah untuk memohon suaka. Kebanyakannya lari dari keganasan di Amerika Tengah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda