Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Saudi Aramco catat keuntungan AS$42.4 bilion

    RIYADH, 1 NOV – Saudi Aramco hari ini mencatat peningkatan 39 peratus dalam keuntungan suku ketiga, keputusan kewangan terbaharu yang dirangsang oleh harga minyak yang lebih tinggi berpunca sebahagiannya daripada serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Pengumuman itu keluar ketika kartel pengeluar minyak OPEC+ dijangka melaksanakan pengurangan pengeluaran yang telah menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat (AS), yang berkata tindakan itu – diluluskan pada mesyuarat bulan lalu – bersamaan dengan ‘kesepakatan dengan Rusia’ dalam konflik tersebut.

    Pendapatan bersih syarikat gergasi itu berjumlah AS$42.4 bilion – meningkat daripada AS$30.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu – dan ‘didorong oleh kenaikan harga minyak mentah,’ katanya dalam fail yang dihantar kepada bursa saham Saudi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser berkata ‘pendapatan firma dan aliran tunai bebas berjumlah AS$45 bilion’ telah menyumbang kepada keputusan kewangan yang kukuh, meningkat daripada AS$28.7 bilion pada tahun lalu.

    “Sementara harga minyak mentah global semasa tempoh ini terjejas oleh pergolakan ekonomi berterusan, prospek jangka panjang adalah permintaan minyak akan terus meningkat sepanjang dekad ini berdasarkan keperluan dunia untuk tenaga yang lebih mampu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Hari ini, Arab Saudi mengumumkan unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.6 peratus dalam suku ketiga 2022 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, ‘sebahagiannya disebabkan pertambahan dalam aktiviti minyak.’ – AFP

    Gambar fail menunjukkan jurutera Saudi Aramco dan wartawan melihat Loji Pemulihan Gas Cecair Asli Hawiyah di Hawiyah, timur wilayah Arab Saudi. Aramco melaporkan keuntungan berjumlah AS$42.4 bilion dalam suku ketiga tahun ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...