RIYADH, 14 OGOS – Syarikat minyak gergasi, Saudi Aramco, merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak AS$48.4 bilion pada suku kedua tahun 2022, selepas lonjakan permintan minyak mentah berikutan peperangan Rusia dan Ukraine serta aktiviti komersial pasca pandemik.
Pendapatan bersih syarikat pengeluar terbesar minyak tersebut meningkat 90 peratus dari tahun-ke-tahun selepas mencatatkan keuntungan AS$39.5 bilion pada suku pertama.
“Di sebalik pasaran global yang turun naik dan ekonomi yang tidak menentu disebabkan oleh krisis dunia yang berlaku, membuktikan bahawa pelaburan berterusan dalam industri minyak ini penting,” ulas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H Nasser.
“Kami menjangka permintaan minyak mentah akan terus berkembang sepanjang dekad ini, walaupun ramalan ekonomi akan terus menjunam.”
Sejak Mohammed bin Salman dilantik menjadi putera mahkota Arab Saudi, negara itu berhasrat untuk membuka dan mempelbagai sektor ekonomi selain bergantung kepada pendapatan minyak. Awal bulan ini, Agensi Tenaga Antarabangsa berkata permintaan minyak global akan melonjak naik berbanding ramalan agensi tersebut berikutan gelombang haba dan negara-negara berlumba untuk menukar bahan api kepada penjaan kuasa.
Harga minyak jatuh kepada AS$30 setong sejak pertengahan Jun berikutan bekalan yang semakin meningkat, namun kekal hampir pada harga AS$100. – AFP