Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi batal semua sekatan COVID

    RIYADH, 13 JUN – Arab Saudi kelmarin mengumumkan penamatan bagi semua peraturan dan sekatan dikaitkan dengan COVID, termasuk pemakaian pelitup muka di tempat tertutup sekali gus melonggarkan sekatan wabak menjelang pelaksanaan haji bagi bulan hadapan.

    Langkah itu dibuat ketika kerajaan itu bersiap sedia untuk menyambut kira-kira 850,000 orang jemaah haji dari luar negara bagi menyertai haji tahunan.

    Memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri, individu tidak lagi perlu memakai pelitup muka dalam bangunan kecuali di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah selain di fasi-liti kesihatan, acara awam, kapal terbang dan pengangkutan awam yang masih mahu melaksanakan langkah pencegahan tersebut.

    Di luar ketetapan itu, “topeng tidak lagi diperlukan untuk dipakai di tempat tertutup”, walaupun pemilik pertubuhan boleh menegaskan ia dipakai jika mereka mahu, menurut satu laporan.

    Sementara itu, kerajaan itu juga tidak lagi memerlukan orang ramai untuk menunjukkan bukti sijil vaksinasi menerusi aplikasi Tawakkalna untuk memasuki mana-mana kawasan, acara, kegiatan, kapal terbang dan pengangkutan awam.

    Bagi rakyat yang mahu meninggalkan Arab Saudi pula perlu mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan berbanding tiga bulan sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, syarat baharu itu tidak termaktub kepada individu di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

    Pandemik COVID secara tidak langsung telah menghalang ziarah umat Islam ke tanah suci Mekah selama ini, yang biasanya merupakan sumber pendapatan utama bagi kerajaan itu yang menghasilkan kira-kira AS$12 juta setiap tahun. – AFP

    Arab Saudi kelmarin menamatkan semua peraturan dan sekatan berkaitan dengan COVID, termasuk pemakaian pelitup muka di tempat tertutup. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda