Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi benar kemasukan pengembara 6 negara

    RIYADH, 26 NOV – Arab Saudi bakal membenarkan kemasukan pengembara dari enam negara termasuk Indonesia dan India tanpa perlu menjalani 14 hari kuarantin sebelum memasuki negara itu, bermula 1 Disember.  

    Negara lain yang turut dibenarkan ialah Mesir, Brazil, Vietnam dan Pakistan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri.

    Bagaimanapun, prosedur kuarantin selama lima hari masih akan dikenakan kepada mereka tanpa mengira status imunisasi, kata sumber itu.

    Semua prosedur dan langkah itu tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, berdasarkan perkembangan situasi epidemiologi tempatan dan global. – Bernama  

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda