Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Saudi dilanda hujan lebat, sekolah ditutup

    RIYADH, 1 MEI – Pihak berkuasa Arab Saudi menutup sekolah di beberapa buah wilayah hari ini susulan banjir kilat membanjiri jalan raya, berikutan hujan lebat yang menjejaskan kehidupan di negara Teluk itu.

    Rakaman AFPTV menunjukkan kereta yang ditenggelami air bergelut untuk bergerak dalam banjir di wilayah tengah Qassim, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas semalaman.

    “Hujan turun berterusan selama tujuh jam dari tengah hari hingga tengah malam,” kata Mohammed, seorang penduduk Mesir di Buraidah, ibu kota Qassim, ketika bercakap kepada AFP.

    “Paras air meningkat sehingga 10 sentimeter (empat inci) di hadapan kawasan kediaman itu dan menghalang kami daripada keluar ke jalan raya. Bunyi guruh sangat kuat dan kilat menerangi bandar itu.”

    Pusat meteorologi negara mengeluarkan amaran merah untuk Qassim dan kawasan lain termasuk wilayah timur di Teluk, ibu negara Riyadh dan kawasan Madinah yang bersempadan dengan Laut Merah.

    Gambar Freepik

    Ia mengeluarkan amaran tentang ‘hujan lebat dengan angin kencang, jarak penglihatan yang kurang, hujan lebat dan petir’.

    Sekolah-sekolah di wilayah timur dan Riyadh juga membatalkan kelas secara bersemuka dan mengadakan kelas secara dalam talian.

    Jabatan pendidikan Madinah menyiarkan di laman X gambar pekerja penyelenggaraan membaiki unit elektrik dan penghawa dingin serta membuang air bertakung di sekolah-sekolah.

    Terdapat beberapa air bertakung di jalan raya Riyadh kelmarin tetapi lalu lintas tidak terjejas.

    Ribut hujan dan banjir bukan perkara yang asing di Arab Saudi, terutamanya pada musim sejuk dan bandar yang lebih besar dan lebih padat penduduk mungkin mengalami masalah pengaliran air. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...