Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi enggan berbaik dengan Israel

    RIYADH, 20 JAN – Arab Saudi tidak akan memulihkan hubungan dengan Israel sekiranya tiada penyelesaian dua negara dengan Palestin, kata diplomat tertinggi kerajaan itu, menurut ciapan kementerian luar negara dalam Twitter kelmarin.

    Komen oleh Putera Faisal bin Farhan Al Saud di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos dibuat ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan normalisasi dengan Arab Saudi dalam perbincangan dengan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan di Baitulmaqdis baru-baru ini.

    “Pemulihan sebenar dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai selepas rakyat Palestin diberikan sebuah negara,” kata Putera Faisal kepada Bloomberg pada sidang kemuncak itu. Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, adalah rakan rapat Amerika Syarikat (AS) tetapi ia berulang kali enggan memulihkan hubungan dengan sekutu AS, Israel kerana pendudukannya di wilayah Palestin. – AFP

    Putera Faisal semasa menghadiri sesi di Forum Ekonomi Dunia di Davos, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda