Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Saudi lancar projek lapangan terbang baharu

RIYADH, 29 NOV – Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membina lapangan terbang baharu di Riyadh bertujuan merangsang pertumbuhan pesat di ibu negara sementara membangunkan matlamat penerbangan negara itu.

Lapangan terbang itu, dijangka menampung 120 juta pelawat menjelang 2030 dan 185 juta pelawat pada 2050, akan dinamakan sempena Raja Salman dan diumumkan oleh anak lelakinya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA).

“Projek lapangan terbang juga selaras dengan visi Arab Saudi untuk mentransformasikan Riyadh menjadi salah satu daripada 10 bandar terbaik dunia selain menyokong pertumbuhan populasi Riyadh kepada 15 hingga 20 juta orang menjelang 2030,” kata SPA.

Matlamat penerbangan Arab Saudi, sebahagian daripada pembaharuan ‘Wawasan 2030’ Putera Muhammad, termasuk menambah tiga kali ganda lalu lintas tahunan kepada 330 juta penumpang pada akhir dekad.

Ia juga mahu menarik pelaburan bernilai AS$100 bilion untuk sektor penerbangan pada 2030, menubuhkan syarikat penerbangan baharu dan memproses lima juta tan kargo setiap tahun.

“Ia akan meningkatkan kedudukan Riyadh sebagai hab logistik global, merangsang pengangkutan, perdagangan dan pelancongan serta bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan Timur dengan Barat,” kata SPA.

Pengumuman tidak memberikan maklumat mengenai kos projek, namun ia dijangka menjadi lapangan terbang terbesar di dunia dengan keluasan 57 kilometer persegi dan akan menggabungkan inisiatif hijau canggih dalam reka bentuk yang akan dikuasakan tenaga boleh diperbaharui. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -