Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi lantik duta pertama ke Syria

    BEIRUT, 27 MEI – Arab Saudi kelmarin mengumumkan pelantikan duta yang pertamanya ke Syria sejak memutuskan hubungan dengan Damsyik selama 12 tahun, menandakan pemulihan hubungan yang berterusan sejak negara yang dilanda perang itu diterima semula oleh Liga Arab setahun lalu.

    Pelantikan Faisal al-Mujfel sebagai duta pertama kerajaan itu ke Syria sejak 2012 diumumkan oleh agensi akhbar Saudi yang dikendalikan kerajaan. Ia berlaku lebih setahun selepas Syria diterima semula ke Liga Arab yang terdiri daripada 22 anggota. Negara itu kekal digantung keahliannya daripada kumpulan itu selama lebih sedekad berikutan tindakan keras Presiden Bashar Assad terhadap penunjuk perasaan antikerajaan pada 2011. Riyadh memutuskan hubu-ngan dengan Damsyik pada 2012.

    Media kerajaan Syria dan pihak berkuasa tidak segera mengulas mengenai perkembangan itu.

    Pemberontakan yang berubah kepada perang saudara di Syria, kini memasuki tahun ke-14 telah membunuh hampir setengah juta orang dan kehilangan separuh daripada jumlah penduduk seramai 23 juta. Hubungan sebahagian besarnya kekal beku, begitu juga usaha untuk mencari penyelesaian politik yang berkesan untuk menamatkan konflik tersebut. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda