Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Saudi meterai perjanjian dron dari Turki

    RIYADH, 18 JULAI – Sebuah firma Turki akan membekalkan dron kepada Arab Saudi, menurut kenyataan Riyadh hari ini selepas kunjungan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

    Beberapa buah kontrak termasuk perjanjian dron telah ditandatangani semasa pertemuan antara Erdogan dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Laut Merah, pelabuhan Jeddah kelmarin, menurut agensi berita Saudi (SPA).

    Erodgan, yang memenangi pilihan raya pada Mei lalu bagi tempoh lima tahun, berada di Arab Saudi untuk memulakan lawatan ke negara Teluk untuk meminta sokongan ekonomi Turki yang goyah.

    Pemimpin Turki itu dijangka akan berada di Qatar lewat hari ini.- AFP

    Erdogan mengadakan lawatan ke Arab Saudi untuk menarik pelaburan asing.- AFP

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...