Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi pintas dron pemberontak, 4 cedera

    RIYADH, 7 OKT – Empat pekerja tercedera kelmarin apabila pasukan gabungan diketuai Arab Saudi bertempur di negara jiran Yaman memintas dron yang membawa bahan letupan menyasarkan lapangan terbang kerajaan, Abha, menurut laporan media kerajaan.

    Pasukan gabungan tersebut menyalahkan serangan tersebut ke atas pemberontak Huthi yang disokong oleh Iran di Yaman dan mengatakan keempat-empat pekerja tersebut mengalami kecederaan ‘ringan’ akibat serpihan dari dron tersebut, menurut laporan agensi media Saudi (SPA).

    Mereka mengatakan ia juga menghancurkan lokasi yang disyaki di wilayah Saada utara Yaman di mana dron itu telah dilancarkan.

    Pada 31 Ogos, sebuah dron telah menyerang lapangan terbang yang sama, mencederakan lapan orang dan memusnahkan pesawat awam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda