RIYADH, 6 JUN – Arab Saudi berhasrat untuk menggandakan pelancongan asing tahun ini berikutan sekatan wabak semakin berkurangan, kepulangan jemaah haji serta elemen pertama projek istimewa putera mahkota dibentangkan, kata menteri pelancongannya kepada AFP kelmarin.
Kerajaan yang terkenal konservatif dan tertutup itu merasmikan visa pelancong pada September 2019, hanya beberapa bulan sebelum wabak COVID memusnahkan industri di seluruh dunia.
“Sekarang kami mendorong untuk menarik lebih ramai pelawat antarabangsa,” katanya dalam satu tembu bual sambil menyatakan sasaran untuk tahun ini ialah 12 juta, meningkat daripada 4 juta pada 2021.
Arab Saudi membuat sasaran matlamat yang mengejutkan bagi menarik seramai 100 juta pelawat menjelang 2030 iaitu salah satu elemen agenda pembaharuan Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang bertujuan bagi mempelbagaikan ekonomi.
Khateeb menetapkan kelmarin bahawa daripada 100 juta pelawat yang disasarkan pada 2030, 30 juta adalah datang dari luar negara manakala selebihnya adalah orang yang melancong dalam Arab Saudi.
Manakala itu, kira-kira 30 juta kunju-ngan akan menjadi lawatan keagamaan oleh kedua-dua penduduk serta warga asing yang sebahagian besarnya ke Mekah dan Madinah.
Bulan hadapan, pihak berkuasa bercadang bagi membenarkan seramai satu juta jemaah menunaikan haji, selepas dua tahun di mana pandemik COVID memaksa had drastik pada jumlah untuk mengerjakan haji tahunan. – AFP
