Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi, UAE gesa rundingan damai Yaman

    RIYADH, 26 OGOS – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengulangi gesaan rundingan damai antara kerajaan Yaman dan puak pemisah di selatan negara itu, selain meminta gencatan senjata dilaksanakan di wilayah berkenaan berikutan pertempuran maut.

    Sebelum ini, kerajaan Yaman menegaskan bahawa mereka bersedia kembali ke meja rundingan, sekiranya puak pemisah keluar dari wilayah dikuasai di Aden, awal bulan ini.

    Secara teknikalnya, Riyadh dan Abu Dhabi menyokong kerajaan pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, dalam campur tangan tentera terhadap pemberontak Huthi, yang sudah berlarutan selama empat tahun di utara Yaman.

    Bagaimanapun, kerajaan Yaman secara terbuka menuduh UAE menyokong pasukan tentera yang setia dengan puak pemisah Majlis Peralihan Selatan (STC).

    Sementara itu, pasukan keselamatan yang disokong UAE dan disertai ramai penyokong setia STC, berjaya menguasai Aden pada 10 Ogos lalu, selepas bertempur dengan tentera kerajaan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 maut.

    Kanak-kanak menerima bekalan makanan yang disediakan oleh Program Makanan Sedunia di sebuah sekolah di Sanaa, Yaman pada 25 Ogos. – AP

    Dalam satu kenyataan bersama hari ini, menteri-menteri luar Arab Saudi dan Emiriah mendesak kedua-dua pihak bekerjasama, dengan jawatankuasa pakatan serta menghadiri rundingan di bandar Saudi, Jeddah.

    Dua negara ‘menggesa bagi penglibatan segera dalam dialog Jeddah yang diseru oleh Arab Saudi untuk menangani punca dan akibat pembangunan di beberapa wilayah selatan,” kata mereka.

    Menteri kerajaan Saudi bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Adel al-Jubeir juga menggesa kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kepelbagaian mereka melalui dialog itu.

    “Satu-satunya cara membuka kepada persaudaraan di Yaman adalah untuk menangani kepelbagaian dalaman menerusi dialog yang digesa oleh kerajaan,” kata Jubeir dalam Twitter hari ini.

    Menurutnya, Arab Saudi dan UAE akan berusaha untuk mencapai keselamatan dan kestabilan di selatan Yaman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda