Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi umum jual saham Aramco bernilai AS$11.9b

    DUBAI, 6 JUN – Arab Saudi mengumumkan Jumaat lalu mereka akan menjual saham kedua dalam syarikat minyak negara, Aramco, yang bernilai berbilion dolar, penjualan pertama sejak tawaran awam awal (IPO) dikeluarkan pada 2019.

    Saudi Aramco, yang dikenali secara rasmi sebagai Syarikat Minyak Arab Saudi, mengesahkan penjualan saham tersebut dalam pendedahan korporat dalam talian. Ia meletakkan jumlah saham yang ditawarkan sebanyak 1.545 bilion, dengan harga antara AS$7.12 hingga AS$7.73 sesaham.

    Pada penilaian julat harga tertinggi, saham tersebut bernilai kira-kira AS$11.9 bilion. Penjualan kepada pelabur institusi akan bermula Ahad ini dan kepada pelabur runcit pada Isnin depan.

    Aramco mempunyai nilai pasaran sebanyak AS$1.8 trilion, menjadikannya syarikat keenam paling bernilai di dunia selepas Microsoft, Apple, NVIDIA, Alphabet (pemilik Google) dan Amazon.

    Sejak IPO pada 2019, hanya 1.73 peratus daripada syarikat itu, satu bahagian kecil, telah didagangkan di Tadawul, bursa saham Arab Saudi. Tawaran tambahan itu mewakili 0.64 peratus daripada semua saham syarikat.

    Kerajaan Arab Saudi kekal sebagai pemegang saham dominan dalam Aramco, dengan saham juga disalurkan ke dana kekayaan negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara daripada bergantung kepada minyak. – AP

    Tangki simpanan kelihatan di loji pukal Jeddah Utara, kemudahan minyak Aramco, di Jeddah, Arab Saudi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda