Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudia Group perkenal Coolest Ihram pertama di dunia

    JEDDAH, 13 NOV – Ihram pertama di dunia yang dilengkapi teknologi penyejukan berprestasi tinggi, dikenali sebagai Coolest Ihram dipamerkan pada Persidangan dan Pameran Haji 2025 yang berlangsung dengan tema Dari Mekah ke Seluruh Dunia, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

    Menurut SPA, inovasi Coolest Ihram itu dibangunkan oleh Saudia Group.

    Saudia Group turut mempamerkan model teknologi berpatennya, Triple Chill Effect, yang memberikan sensasi penyejukan segera kepada jemaah dengan menurunkan suhu kulit sehingga dua darjah Celsius.

    Fabrik inovatif itu mampu menyerap dan mengeringkan kelembapan dengan cepat sambil meningkatkan aliran udara untuk mengurangkan rasa panas, menjadikan ihram itu lebih praktikal dan sesuai dengan keadaan di tanah suci. – Bernama

    Coolest Ihram menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha kerajaan Arab Saudi memudahkan perjalanan haji dan meningkatkan pengalaman jemaah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda