Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sauk anak ikan seluang selepas banjir surut

    PASIR MAS – Beberapa lokasi di sekitar Kampung Bakong, di sini, meriah dengan aktiviti menyauk anak ikan seluang yang dilakukan penduduk selepas banjir surut.

    Penduduk Mohd Fakhrul Razi, 32, berkata beberapa parit di kampung itu menjadi tumpuan ramai sejak semalam bagi menangkap ikan itu sebagai rezeki pascabanjir.

    “Anak ikan seluang ini akan bermain-main di pusaran air yang deras di kawasan parit. Nak tangkap anak ikan seluang ini mudah.

    “Letakkan penyauk di kawasan yang telah dikenal pasti untuk beberapa ketika dan angkat, setiap kali diangkat pasti ada hasil,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

    Kampung Bakong antara kawasan di Pasir Mas yang terjejas banjir sejak Ahad lepas, rata-rata sudah pulih namun masih ada lokasi yang digenangi air.

    Mohd Fakhrul berkata anak ikan seluang yang ditangkap akan digoreng atau dijadikan pais.

    “Saya mula menyauk sejak kira-kira 8 pagi. Hasil yang diperolehi agak banyak, bolehlah dimakan dengan ahli keluarga,” katanya. – Bernama

    Mohd Fakhrul Razi menunjukkan sebahagian hasil tangkapan anak ikan seluang selepas menyauk di beberapa parit. – Bernama
    Mohd Fakhrul Razi memeriksa penyauk yang akan digunakan untuk menangkap anak ikan seluang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda