Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya akan buktikan saya tidak bersalah’

    BUTTERWORTH, 10 OGOS – Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (gambar bawah) bersedia untuk membersihkan namanya dan membuktikan beliau tidak bersalah daripada pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

    “Ini tuduhan yang tidak berasas dan saya akan lawan untuk buktikan di mahkamah bahawa saya tidak bersalah dan tidak menerima wang,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di pusat khidmatnya di sini hari ini. Turut hadir pada sidang media itu adalah ayahnya, Lim Kit Siang dan adik perempuannya Lim Hui Ying, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer serta peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

    Pagi tadi di Mahkamah Sesyen di sini, Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM3.3 juta melibatkan projek jalan-jalan utama dan terowong di negeri ini.

    Jumaat lepas, Lim turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek serupa dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda