MANCHESTER, 3 Nov – Jose Mourinho berkata tiada siapa yang akan ingat bahawa dia merupakan beaks pengurus Chelsea dalam tempoh lima tahun meskipun selepas semua kejayaan yang dibawanya untuk kelab itu.
Pengurus Manchester United itu membawa pasukannya ke Stamford Bridge hujung minggu ini bagi berdepan dengan pasukan yang dikendalikannya sebanyak dua kali, 2004 dan 2015, memenangi tiga gelaran Liga Perdana, satu Piala FA dan tiga Piala Liga. Namun, meski-pun dengan hubungannya yang kuat di Chelsea, dia kelihatannya tidak mahu membesar-besarkan persaingan mereka dengan United selepas beberapa pertembungan panas baru-baru ini.
Ia adalah perlawanan yang banyak diperkatakan musim lepas, terutamanya dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada bulan Mac, yang mana Chelsea menang 1-0.
Mourinho berbalah di petak teknikal dengan bos Chelsea, Antonio Conte dan diejek oleh penyokong tuan rumah dalam perlawanan itu.
Dia juga berdepan dengan kritikan mengenai taktiknya, dengan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois menuduhnya mengarahkan pasukannya untuk mengasari Eden Hazard berulang kali dalam perlawanan yang menyaksikan Ander Herrera diarah keluar pada kerana mengasari pemain sayap Belgium itu. – AFP