Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya amat sedih – Williams

    LONDON, 30 Mac – Ashley Williams terasa amat sedih selepas rakan sepasukannya di Everton, Seamus Coleman mengalami kecederaan patah kaki yang dahsyat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia ketika Republik Ireland menentang Wales.

    Coleman cedera selepas satu terjahan kasar oleh Neil Taylor, yang kemudian dilayangkan kad merah, ketika Ireland seri 0-0 menentang pasukan Williams, Wales di Dublin minggu lepas.

    “Saya tidak melihat terjahan itu. Apa yang saya lihat adalah kad merah dan pada mulanya reaksi saya adalah pergi ke arah pengadil,” kata Williams, yang juga merupakan kapten Wales.

    “Selepas perlawanan, saya terus pergi ke bilik persalinan mereka untuk bercakap dengan (pemain tengah Ireland dan Everton) James McCarthy dan dia memberitahu saya bahawa Seamus telah pergi ke hospital dan mengalami patah kaki.

    “Apabila saya mendapat tahu ia adalah patah kaki, ia membuatkan saya sangat sedih kerana ia terjadi kepada seorang yang saya kasihi dan merupakan rakan sepasukan saya.

    Pemain Ireland, Seamus Coleman ketika diusung keluar padang kerana mengalami patah kaki sambil cuba diberi semangat oleh kapten Wales (tengah) Williams dalam aksi kelayakan Piala Dunia minggu lepas. – AP
    Pemain Ireland, Seamus Coleman ketika diusung keluar padang kerana mengalami patah kaki sambil cuba diberi semangat oleh kapten Wales (tengah) Williams dalam aksi kelayakan Piala Dunia minggu lepas. – AP

    “Dia akan mengharungi saat turun naik, tetapi dengan sikapnya, saya pasti keazamannya akan membantu pemulihannya dan diharap kami akan mendapatkannya kembali lebih awal dan kuat berbanding sebelumnya.”

    Coleman, 28, menjalani pembedahan untuk menyambung semula tulang kakinya di Dublin minggu lepas dan berdepan dengan pemulihan jangka masa panjang.

    Ia adalah satu berita buruk bagi pengurus Everton, Ronald Koeman, yang juga akan kehilangan McCarthy kerana kecederaan hamstring dalam sesi pemanasan badan menjelang perlawanan Wales, sementara pertahanan tengah, Ramiro Funes Mori mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Argentina.

    Everton, ketika ini berada di tangga ketujuh dalam Liga Perdana, akan berkunjung ke Liverpool Sabtu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda