Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya bukan balu cerai mati’

    Dipersoal warganet kerana keluar bekerja ketika masih dalam idah, penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia bukan sengaja melanggar tempoh berkenaan.

    Sebaliknya, kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia perlu keluar bekerja bagi menyara empat orang anaknya.

    “Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.

    “Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?

    “Isteri yang dalam idah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan,” katanya.

    Menurut mStar, Adira menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok pada Jumaat lalu.

    Sementara itu, rata-rata warganet di ruangan komen menyokong kenyataan yang dibuat Adira.

    Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

    Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada Adnan kerana memahami keadaan bekas suaminya yang sedang berdepan masalah kewangan. – Agensi

    Adira bukan sengaja melanggar tempoh idah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda