Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Saya bukan guru sempurna

    Saya Hakim. Hanya guru sandaran. Tak ada ijazah, cuma sijil perguruan asas. Tapi saya tetap berdiri di depan kelas, hari-hari.

    Mengajar dengan seikhlas hati. Tapi itu belum cukup untuk dihormati.

    Di bilik guru, saya rasa kecil. Rasa asing. Bila saya cakap, tak ada siapa peduli. Bila saya senyum, mereka palingkan muka.

    Pernah sekali saya nak beri cadangan dalam mesyuarat, mereka ketawa kecil. “Dia ni siapa nak beri idea?”

    Saya telan semuanya. Tapi setiap malam saya menangis diam-diam. Saya bukan minta pujian, saya cuma mahu dihormati seperti manusia.

    Gambar Freepik

    Saya tahu saya tak sehebat mereka. Tapi saya ada satu yang mereka lupa, kasih pada anak murid. Saya kenal suara murid yang pura-pura ceria.

    Saya nampak mata yang sembunyikan derita. Saya tahu siapa yang datang sekolah dengan perut kosong.

    Suatu hari, seorang murid bisik, “Cikgu, kalau cikgu berhenti, saya tak nak datang sekolah dah.” Saya tahan air mata.

    Mungkin saya tak layak di mata mereka, tapi saya cukup untuk murid saya.

    Saya bukan guru sempurna, tapi saya guru yang peduli. Dan kadang-kadang, itu lebih penting.

    Hakim

    NASIHAT DANG MP

    Hakim, rasa tidak dihargai di tempat kerja, terutamanya apabila kita telah berusaha sepenuh hati boleh meruntuhkan semangat sesiapa saja. Perasaan terpinggir, diketepikan, bahkan ditertawakan, memang menyakitkan.

    Apa yang awda alami bukan sekadar cabaran profesional, tetapi luka emosi yang halus dan mendalam. Namun, di sebalik semua itu, awda tetap berdiri setiap hari, mengajar dengan jiwa dan rasa. Itu bukan tanda kelemahan tetapi itulah kekuatan yang luar biasa.

    Pendidikan bukan hanya soal kelayakan di atas kertas. Ia soal jiwa, empati dan kesungguhan memahami manusia kecil di depan kita.

    Awda telah melihat murid bukan hanya sekadar pelajar, tetapi sebagai insan. Kepekaan awda dalam memerhati setiap satu daripada mereka adalah inti sebenar seorang pendidik.

    Ramai yang mungkin bergelar ‘guru’, tetapi tidak semua menjadi pendidik sejati.

    Seperti yang diceritakan, reaksi murid terhadap Hakim adalah pengiktirafan yang tidak ternilai. Ia membuktikan bahawa kehadiran awda memberi erti. Masyarakat mungkin memandang kelayakan, tetapi hati anak-anak itu melihat kasih sayang yang tulus.

    Jadi, janganlah biarkan layanan dingin orang lain memadamkan cahaya dalam diri awda.

    Teruskanlah memberi dan mendidik bukan kerana orang lain, tetapi kerana murid yang memerlukan awda. Hakim sebenarnya bukanlah sekadar mencukupkan tetapi diperlukan. Dan itu adalah penghormatan yang sebenar.

    Dang berharap agar Hakim akan terus bersemangat menabur bukti sebagai pendidik.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Langkah kecil, ketakutan besar

    Kadang-kadang aku rasa masa depan itu seperti tempat gelap...

    Antara persahabatan dan perasaan

    Aku tak pernah sangka hati boleh jadi seberat ini....

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Kemeriahan Pesta Ria CCMS tamatkan penggal akhir persekolahan

    Oleh Daniel Lim BELAIT, 21 NOV - Sekolah Menengah Chung...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...