‘Saya diarahkan cincang dokumen’

KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara dokumen-dokumen yang turut dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Anta-rabangsa (IPIC) Martin Edelman. – Bernama