Khamis, November 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya gembira bersama Fatima’ – Fazura

    Pelakon meluahkan rasa syukur dengan kehidupan kini sebagai seorang ibu membesarkan anaknya.  

    Menulis ringkas dalam ruangan komen di Threads, kata Fazura atau  Nur Fazura Sharifuddin, 42, juga memberi gambaran kebahagiaan bersama cahaya mata tersayang. 

    “Saya adalah wanita bersyukur dan gembira bersama cinta hati saya, Fatima di sini,” katanya. 

    Menurut laporan mStar, komen tersebut ditulis membalas kepada hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengikut di laman berkenaan. 

    Menerusi mesej yang disampaikan, pemilik akaun bernama Iamfarahanaamira mendoakan agar Fazura terus kuat menjalani kehidupannya kini. 

    Malah status sebagai ibu tunggal juga dilihat sebagai satu perjalanan yang cukup indah untuk mencipta lebih banyak memori bersama Fatima. 

    “Saya cuma ingin mengingatkan bahawa bersendirian bukanlah satu kelemahan, ia adalah peluang untuk menemui lebih banyak kekuatan, mencipta kenangan indah bersama Fatima yang tersayang, dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna,” jelas pemilik akuan tersebut. 

    Katanya lagi, “anda adalah seorang wanita dan ibu yang hebat, yang layak mendapat seorang lelaki yang menghormati, menghargai, dan memberikan anda cinta serta kebahagiaan yang anda layak terima”. 

    “Teruskan kuat, teruskan anggun, dan ketahuilah bahawa hari-hari yang lebih cerah sedang menanti anda dan Fatima. Sentiasa di pihak anda dan sayang anda,” ucapnya. – Agensi

    Fokus Fazura kini lebih kepada Fatima. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda