Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Saya gembira di United – CR7

    LONDON, 5 OKT – Erik ten Hag hari ini mengakui bahawa Cristiano Ronaldo kecewa apabila dia jarang diturunkan untuk Manchester United tetapi menegaskan dia gembira di Old Trafford.

    Jendela perpindahan musim panas lalu didominasi dengan spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 37 tahun itu selepas kempen 2021/2022 yang mengecewakan.

    Ronaldo dilaporkan menerima tawaran lumayan dari Arab Saudi, tetapi tiada pasukan gergasi yang bermain di Liga Juara-Juara yang ingin mendapatkan penyerang Portugal itu, yang terlepas jelajah pra musim di Thailand dan Australia disebabkan masalah keluarga.

    Penyerang itu mungkin memulakan penampilan keempat dalam semua kejohanan apabila United bertemu Omonia Nicosia di Liga Europa, esok.

    Ronaldo diletakkan di bangku simpanan semasa kekalahan teruk 6-3 di Manchester City, menyebabkan persoalan mengenai masa depannya kembali dibangkitkan sebelum membuat kunjungan ke Cyprus.

    “Saya tidak pernah bercakap mengenai perbualan saya bersama pemain,” pengurus United, Ten Hag berkata semasa sidang media pra perlawanan.

    “Ia hanya di antara kami sahaja. Itu yang pasti,” kata Ten Hag.

    “Tetapi apabila saya memberitahu awda bahawa semua pemain, yang ada di sini, mereka gembira atau berpuas hati, apabila mereka diletakkan di bangku simpanan, ia bukan kelab di mana awda mahu berada, terutama Cristiano.

    “Dia sangat kompetitif, kita semua tahu. Dia tidak gembira apabila dia tidak bermain.

    “Tetapi saya sudah katakan berulang kali, dia berlatih dengan baik, dan dalam keadaan baik, dia bermotivasi dan memberikan yang terbaik. Itu yang kita jangkakan,” jelasnya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 27 September menunjukkan Ronaldo mengawal bola semasa pertemuan antara Portugal dan Sepanyol di Liga Negara-Negara Eropah. Ten Hag menegaskan Ronaldo gembira bersama United. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...