GIBRALTAR, 28 MAC – Petinju Britain Dillian Whyte membalas dendam kekalahannya oleh Alexander Povetkin untuk dinobatkan juara heavyweight WBC semalam dan segera memasang cita-citanya untuk menjadi juara dunia.
Di depan 500 peminat di Gibraltar, Whyte, 32 tahun, menewaskan pencabar Rusia dalam pusingan keempat.
Pada Ogos lalu, Whyte merebahkan Povetkin, 41 tahun sebanyak dua kali, hanya melihat bekas juara WBA itu mengalahkannya dengan knockout pusingan kelima.
Whyte berkata sehari sebelum pertarungan semalam bahawa kemenangan harus memberikannya satu rangsangan untuk berdepan dengan pemenang akan datang di antara Anthony Joshua menentang Tyson Fury, dengan kejuaraan heavyweight menjadi pertaruhan.
“Saya berasa sedih saya gagal mengakhirinya dalam pusingan pertama. Dia seorang yang sukar ditewaskan namun saya rasa saya dapat mengalahkannya awal,” beritahu Whyte kepada Sky Sports.
“Saya percaya saya mampu menewaskan sesiapa. Saya mahu kejuaraan dunia.” – AFP
