Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya pun manusia’

    Tak lagi menjadi rahsia, Kajol telah dituduh sebagai seorang pelakon yang sangat pemarah dan gemar bercakap terus terang di hadapan wartawan.

    Tingkah lakunya sering dianggap sebagai biadap dan tidak menghormati rakan media. Dia juga sering menjadi bahan gosip di internet kerana tingkah lakunya yang sombong.

    Memetik laporan Murai.My, dakwaan mengenai dia seorang yang angkuh, sombong dan biadap itu dikuatkan apabila menyambut perayaan Durga Puja. Tetapi bagi Kajol, dia tidak kisah tentang pandangan orang terhadapnya dan dia tidak berniat untuk ubah tingkah lakunya itu.

    Dipetik daripada beberapa sumber, dalam sebuah temu bual, Kajol menyedari dia dianggap sebagai pelakon yang penuh dengan emosi. Katanya, dia berpendapat itu adalah sebahagian daripada risiko menjadi seorang figura awam kerana dia tidak boleh mengawal pendapat dan pandangan orang.

    Dia juga menjelaskan selebriti adalah manusia. Kadang kala, dia juga mengalami mood yang tidak baik hingga rasa letih selepas kerja. Kajol mengatakan situasi itu tidak boleh membuatkan dia tersenyum sepanjang masa.

    “Saya mempunyai hari yang baik dan hari buruk. Saya ekspresif. Saya memang marah apabila sesuatu terasa tidak baik. Saya tidak boleh dan ubah diri saya berulang kali kerana orang lain merasakan selebriti tidak sepatutnya mengecewakan. Saya pun manusia juga.” – Agensi

    Kajol menyedari dia dianggap sebagai pelakon yang penuh dengan emosi. – Millenniumpost
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda