‘Saya redha dan tidak berkecil hati…’- Farid Kamil

Terkait dengan beberapa dakwaan kes jenayah hingga menyebabkan dia dipenjarakan pada tahun lalu menyebabkan Datuk Farid Kamil mula dijauhi beberapa teman rapat sebelum ini.

Namun Farid berkata dia redha dan tidak berkecil hati dengan tindakan individu berkenaan kerana enggan hidupnya terus dikelilingi aura negatif.

“Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada…itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya. “Bagi mereka yang kekal bersama dengan saya dan ada juga yang baru datang, terima kasih saya bersyukur sangat.

“Allah sudah tunjukkan dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya..sekarang ini saya adalah Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cabaran hidup akan datang,” katanya kepada media.

Pada 13 Disember tahun lalu, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana penyalahgunaan dadah sehingga rayuannya selesai.

Sebelum itu pada pertengahan November 2019, Farid diperintahkan menjalani hukuman berkenaan selepas Makhamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei tahun sama.

Suami kepada aktres Datin Diana Danielle itu menjalani hukuman itu di penjara Kajang, Selangor. – Agensi.

Farid Kamil (kanan) tidak berkecil hati dijauhi oleh beberapa teman rapat sebelum ini. – Agensi