Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dengan mengatakan ‘tugas ini telah meletihkan saya’.

    Tekanan, malam tanpa tidur dan konfrontasi politik telah memberi kesan yang besar, lebih enam tahun selepas Parti Buruh berhaluan kirinya memenangi jawatan, kata ketua menteri berusia 55 tahun itu dalam satu sidang akhbar.

    “Sebenarnya saya letih, sangat letih,” kata McGowan yang penuh emosi, mendedahkan bahawa dia akan berundur minggu ini.

    “Peranan kepimpinan politik tidak berhenti. Ia tidak henti-henti. Ia datang dengan tanggungjawab besar yang memenatkan setiap hari,” kata McGowan.

    “Ditambah lagi dengan tahun-tahun Covid, ia telah menghabiskan tenaga saya,” katanya.

    Australia Barat, sebuah wilayah yang luas dan kaya dengan mineral seta memiliki semangat kemerdekaan, secara besar-besaran menutup sempadannya kepada pendatang asing dan penduduk Australia lain selama dua tahun sepanjang wabak itu.

    Penutupan sempadan yang bertahan lebih lama daripada mana-mana negeri lain di negara itu sangat popular dalam kalangan pengundi Australia Barat. – AFP

    McGowan yang penuh emosi, mendedahkan bahawa dia akan berundur minggu ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...