LEICESTER, 28 Feb – Pengurus sementara Leicester City, Craig Shakespeare berkata bahawa dia bersedia untuk mengambil peranan sepenuh masa selepas membawa Leicester kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan pertamanya.
Shakespeare telah dinaikkan daripada peranannya sebagai pembantu berikutan pemecatan sensasi Claudio Ranieri minggu lepas, sembilan bulan selepas membawa Leicester merangkul kejuaraan Liga Perdana.
Leicester kelihatan seperti sebuah pasukan yang dilahirkan semula awal pagi tadi, muncul pemenang selepas dua jaringan daripada Vardy di setiap separuh masa dan voli hebat Danny Drinkwater. Shakespeare berkata pengalaman perlawanan pertama itu telah memarakkan keinginannnya.
“Adakah saya fikir saya berkebolehan? Ya, adalah ia mengganggu saya? Tidak,” katanya kepada para wartawan di Stadium King Power apabila ditanya jika dia mahukan tugas itu.
“Tetapi para pemilik akan membuat keputusan dan mereka akan melakukan usaha mereka.

“Mereka akan duduk dan saya akan sedaya upaya mempersiapkan pasukan sebaik mungkin untuk menentang Hull melainkan diberitahu sebaliknya.”
Ranieri mungkin sudah pergi, tetapi sebahagian penyokong setia tetap menunjukkan sokongan mereka kepada warga Itali berusia 65 tahun itu agar dia tidak dilupakan.
Beberapa bahagian penyokong menayangkan kain rentang menyatakan terima kasih kepadanya dan terdapat kordinasi lampu telefon pintar di minit ke-65 sebagai penghormatan, serta menyanyikan namanya.
Ditanya adakah Ranieri mampu mengembalikan prestasi Leicester, Shakespeare menjawab: “Mengenali Claudio, dia akan berkata, ‘Itulah bola sepak’.
“Persembahan yang anda saksikan malam ini, saya telah menyaksikannya ketika menentang Man City (Leicester menang 4-2 pada bulan Disember). Kami telah melakukannya, tetapi ia tidak cukup konsisten.”
Leicester, yang akan menjadi hos kepada Hull City hujung minggu ini, telah tewas dalam lima perlawanan liga terakhir mereka dan pasukan terakhir dalam lima liga utama Eropah untuk menjaringkan gol dalam tahun 2017. – AFP