Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya sudah cuba tapi gagal – Mawar Rashid

    ‘Saya sudah cuba.. Tapi gagal. Saya minta maaf’. Demikian kapsyen dikongsi pelakon, Mawar Rashid mengiringi foto dirinya tanpa hijab yang dimuat naik di Instagram (IG), baru-baru ini.

    Melalui hantaran jam 2:25 pagi itu, Mawar, 28, memohon maaf dan mengaku dirinya gagal untuk terus istiqamah bertudung.

    Pelakon filem Bu Kasih Suci itu turut menutup ruangan komen.

    Tidak cukup itu, aktres kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga memuat naik foto di IG Story berbunyi: “Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila mental saya sudah bersedia.

    Saya sentiasa sayangkan awda.”

    Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid membuat keputusan berhijab pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.

    Ketika itu, Mawar dilaporkan berkata, suaminya, Raf Yaakob antara individu paling gembira dengan keputusannya bertudung.

    Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.

    Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu. – Agensi

    Melalui hantaran jam 2:25 pagi itu, Mawar, 28, memohon maaf dan mengaku dirinya gagal untuk terus istiqamah bertudung. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda