Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Saya tak sakit!’

    Pelakon Fathia Latiff berasa rimas dengan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa dia sedang ‘sakit’ dan perlu mendapatkan bantuan.

    Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 36, sebaliknya meminta orang ramai agar tidak mudah meletakkan sebarang label kepada dia hanya berdasarkan pemerhatian kasar.

    Menurut mStar yang memetik kata-kata Fathia, aktres itu berhak untuk berkongsi apa sahaja di media sosial miliknya meskipun perkara itu kurang disenangi ramai.

    “Saya tak sakit! Kepada peminat, keluarga, sahabat, stalker dan homofobia… saya sudah penat orang anggap saya sakit.

    “Saya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menuduh saya tetapi ada perkara lebih baik untuk dilakukan kerana ia tidak menjejaskan saya sama sekali.

    Fathia anggap tuduhan dirinya sakit adalah melampau. – New Straits Times

    “Perkara paling penting adalah malu yang keluarga saya tanggung,” katanya.

    Fathia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya baru-baru ini.

    Kata Fathia, dia berhak terhadap jalan hidup yang dipilihnya kerana percaya ia tidak menyusahkan sesiapa pun.

    Malah, setiap perkara yang dilakukan juga tidak melibatkan orang lain melainkan dirinya sendiri.

    “Ini kehidupan saya dan pilihan yang saya mahukan. Tak kisahlah baik atau buruk, tiada kena mengena pun dengan kalian.

    “Tak kisah saya selebriti, pengemis atau jutawan sekali pun. Nampak gayanya pihak berkuasa negara saya berat sebelah dan lemah.

    “Saya tak perlu menjelaskan, membuktikan atau memberitahu sesiapa apa dan tidak yang perlu saya kongsi di media sosial,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Fathia berharap warganet menguruskan keluarga sendiri berbanding menjaga tepi kainnya kerana ia tidak mendatangkan faedah.

    “Berhenti menyalahkan orang dan sentiasa melihat diri dan keluarga sendiri. Cukup-cukuplah!

    “Seperti yang selalu bapa saya katakan, orang Melayu ini suka dengki, fikir bukan-bukan dan rasa diri sentiasa betul. Membuatkan saya sedar bahawa itu sangat menyedihkan,” katanya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...