Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya tetap saman – Shuib

    Pelawak dan penyampai radio, Shuib nekad dengan keputusan meneruskan saman terhadap pemilik akaun, Johan Dihani yang mengaitkannya dengan Pertubuhan Freemason.

    Shuib berkata, keputusan dibuat susulan tindakan Md Johan memadam semula permohonan maaf dibuat dalam Instagram Story (IGs) pada 4 Julai lalu.

    Ia disusuli surat peguam yang dihantar defendan kepada peguam Shuib, Tetuan Zharif Nizamuddin pada 10 Julai yang tidak bersetuju dan menafikan segala kenyataan dikeluarkan sebagai fitnah dan berbelit.

    “Pada 4 Julai, Johan Dihani ada membuat permohonan maaf dalam IGs, namun bertindak memadam semula permohonan berkenaan.

    “Peguam saya terima surat daripada peguamnya membuat penafian pada 10 Julai lalu.

    Shuib sedia turun naik mahkamah demi mendapatkan keadilan apabila berdepan fitnah yang dilemparkan terhadapnya arwah Siti Sarah. – mStar

    “Apabila saya hantar surat dan Johan Dihani nafi, jadi saya teruskan saman ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguam,” katanya pada sidang media di Bandar Permaisuri Cheras, hari ini.

    Shuib berkata, dia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat penilaian siapa yang berada di pihak benar.

    Katanya, dia bersedia turun naik mahkamah demi mendapatkan keadilan apabila berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

    “Dalam sidang media sebelum ini, saya ada sebut nama Johan Dihani. Saya tiada masalah dan tidak rasa leceh habiskan masa untuknya.

    “Saya tahu perkara ini memakan tempoh panjang, tetapi demi dia, saya okay. Saya akan adakan masa untuknya,” katanya.

    Sementara itu, peguam Shuib, Syed Afiq Syed Albakri menyatakan writ saman sudah diserahkan kepada mahkamah dan hanya menunggu kehadiran dan prosedur selanjutnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda