Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya tidak akan lari’

    BERLIN, 31 MEI – Jerome Boateng menempelak pengkritiknya dan menegaskan dia ‘tidak akan lari’ daripada Bayern Munich susulan spekulasi dia akan meninggalkan juara Jerman itu menjelang musim depan.

    “Saya tidak akan lari, situasi boleh berubah dengan pantas,” katanya dalam satu temu ramah dengan majalah Kicker edisi hari ini.

    Boateng, 30, hilang tempatnya dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Niko Kovac musim ini dan berdepan persoalan mengenai sikap dan komitmennya.

    Pertahanan tengah berpengalaman itu, yang turut digugurkan daripada pasukan kebangsaan awal tahun ini, tidak meraikan bersama rakan sepasukannya ketika Bayern melengkapkan kejuaraan berganda liga dan piala hujung minggu lalu, menyebabkan presiden kelab Uli Hoeness menyatakan dia patut ‘mencari kelab lain.’ Namun Boateng memberitahu Kicker dia mungkin kekal di Munich.

    “Saya boleh bayangkan kekal di Bayern,” katanya. “Saya masih bersemangat dan saya tidak sabar menanti musim baharu.”

    Dia mengakui tidak bermain dengan baik buat Bayern pada musim luruh lalu, namun tidak faham kenapa jurulatih Kovac memutuskan untuk mengetepikannya.

    Boateng berdepan kritikan awal bulan ini kerana menganjurkan parti pada petang pertembungan genting perebutan liga Bayern menentang Borussia Dortmund namun dia menafikan dakwaan bola sepak hanya perkara kedua dalam kehidupannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda