Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya tidak dapat pengaruhi Coutinho – Henderson

    HOFFENHEIM, 15 Ogos – Kapten Liverpool, Jordan Henderson mengakui bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempengaruhi pemikiran Philippe Coutinho, selepas pemain Brazil itu dilaporkan telah menyerahkan permintaan perpindahan minggu lepas.

    Skuad Jurgen Klopp kini berada di Jerman menjelang perlawanan pertama playof Liga Juara-Juara awal pagi Rabu menentang Hoffenheim dan Coutinho, yang mengalami kecederaan belakang, tidak pergi bersama skuad.

    “Ia setentunya situasi sukar buat Phil. Apa sahaja yang saya akan katakan tidak akan membantu situasi, tetapi sebagai pemain, kami fokus sepenuhnya pada perlawanan,” kata Henderson di satu sidang media.

    “Setentunya, jika anda tanya semua orang bahawa mereka mahu Phil untuk kekal kerana dia adalah pemain kelas dunia. Saya sudah berbincang dengan Phil, ia rahsia, (tetapi) saya tidak fikir boleh mempengaruhi situasi.

    Kapten Liverpool, Henderson (kanan) ketika meraikan gol bersama Coutinho. Henderson mengakui bahawa dia tidak dapat mempengaruhi fikiran Coutinho selepas pemain itu menyerahkan permintaan perpindahan. – AP
    Kapten Liverpool, Henderson (kanan) ketika meraikan gol bersama Coutinho. Henderson mengakui bahawa dia tidak dapat mempengaruhi fikiran Coutinho selepas pemain itu menyerahkan permintaan perpindahan. – AP

    “Saya rapat dengannya dan sangat menghormatinya, tetapi semua yang terjadi tidak ada kena-mengena dengan saya.”

    Klopp, menegaskan bahawa dia tidak mahu memikirkan Coutinho sementara pemain itu masih belum cergas, berkata kunjungan menentang Hoffenheim adalah sukar, di mana pasukan itu dikendalikan oleh Julian Nagelsmann, yang menjadi jurulatih termuda Bundesliga tahun lepas di usia 28 tahun. Sementara itu, Roberto Firmino, tidak disangkal menjadi pemain utama meskipun tanpa rakan senegaranya Coutinho, kembali di Rhein-Neckar Arena, di mana dia bermain selama empat tahun setengah.

    Bek kanan Nathaniel Clyne, pemain tengah Adam Lallana dan penyerang Daniel Sturridge kesemuanya cedera dan tidak membuat kunjungan ke Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda