PARIS, 2 NOV – Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray gagal menyudahkan tujuh mata perlawanan namun berkata dia tidak ‘layak memenangi perlawanan itu kerana tidak bermain dengan cukup baik’ selepas tewas dalam aksi selama tiga jam kepada pemain Jerman, Dominik Koepfer dalam pusingan pertama Paris Masters kelmarin.
Murray, yang menduduki kedudukan ke-144, telah diberikan wild card tetapi pemain berusia 34 tahun itu tidak bermain dengan baik, dia menunjukkan keazaman yang kukuh untuk memberi tengangan setelah ketinggalan satu set dan memaksa perlawanan ke set ketiga sebelum Koepfer menang 6-4, 5-7, 7-6 (11/9).
Koepfer – pengganti saat akhir apabila pemain kelayakan Amerika, Jenson Brooksby menarik diri beberapa jam sebelum perlawanan – telah membuat servis untuk perlawanan pada set kedua.
Bagaimanapun, Murray, yang mendapat sokongan ramai, kembali bangkit dan mematahkan pukulan lawannya yang menduduki ranking ke-55 sebelum memenangi set.
Set ketiga merupakan pertarungan yang sengit dengan Murray menyelamatkan tiga mata penentu pada kedudukan 0-40 pada kedudukan 3-3.
Murray, bagaimanapun, tidak dapat melengkapkan kebangkitan semula yang luar biasa kerana dia mensia-siakan banyak mata perlawanan – dua apabila Koepfer membuat servis untuk kekal dalam perlawanan pada kedudukan 4-5 dan kemudian lima lagi dalam pemecah seri yang hebat.
Koepfer, bagaimanapun, telah menunjukkan cara untuk mengambil peluang ketika dia menukar mata perlawanan pertamanya. – AFP
